Pembaharuan Perjanjian Peraturan Swap Dua Hala di bawah Inisiatif Chiang Mai di antara Bank Negara Malaysia dan Bank of Korea

Embargo: Untuk siaran segera
14 Okt 2005 Siaran Akhbar



Perjanjian peraturan swap dua hala (BSA) di antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Korea (BOK) di bawah Inisiatif Chiang Mai telah diperbaharui pada hari ini untuk jangka masa tiga tahun lagi memandangkan perjanjian tersebut yang pertama kali dimeterai pada 26 Julai 2002 telah tamat tempoh. Jumlah perjanjian swap tersebut telah dipertingkatkan daripada AS$1 bilion kepada AS$1.5 bilion. Tambahan lagi, jumlah permulaan yang boleh diguna pakai tanpa terikat kepada syarat IMF telah dipertingkatkan daripada 10% kepada 20% saiz swap. BSA tersebut melibatkan swap dolar Amerika Syarikat (USD) dengan mata wang tempatan, di mana Bank Pusat masing-masing boleh saling meminta di antara satu sama lain untuk dibekalkan USD bersandarkan mata wang tempatan bank yang mengambil swap. Perjanjian ini adalah sebahagian usaha kerjasama serantau ke arah mempertingkatkan lagi kestabilan kewangan di rantau ini.


Bank Negara Malaysia
14 Oktober 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?