Pemberian Lesen Bank Perdagangan kepada China Construction Bank (Malaysia) Berhad

Embargo: Untuk siaran segera
01 Nov 2016 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Menteri Kewangan telah memberikan lesen bank perdagangan kepada China Construction Bank (Malaysia) Berhad (CCB Malaysia), iaitu anak syarikat milik penuh China Construction Bank Corporation Ltd.

Pemberian lesen bank perdagangan kepada CCB Malaysia, yang merupakan kali pertama di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah atas dasar kekukuhan kehematan dan keupayaan China Construction Bank Corporation Ltd untuk memberikan manfaat kepada kepentingan Malaysia.

Tumpuan utama CCB Malaysia pada pembiayaan projek infrastruktur akan menambah nilai ke arah transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Kehadiran CCB Malaysia dijangka mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan kewangan antara Republik Rakyat China dengan Malaysia, serta menyumbang ke arah pembangunan sektor kewangan yang berkesan dan dinamik di Malaysia.


Bank Negara Malaysia
01 November 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?