Pemberitahuan: Syarikat-syarikat yang tidak lagi dibenarkan mengendalikan kiriman wang
Bank Negara Malaysia ingin memberitahu orang ramai bahawa syarikat-syarikat tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan mengendalikan urusan pengiriman wang:
- PPTKI RemitXpress Sdn. Bhd.
- Herald Remittance Sdn. Bhd.
Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat kiriman wang melalui syarikat-syarikat di atas kerana terdapat risiko wang kiriman tidak sampai kepada penerima. Mana-mana individu yang melibatkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram boleh disabit melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, iaitu termasuk penglibatan dalam urusan berkaitan hasil daripada aktiviti haram seperti mengendalikan kiriman wang tanpa kebenaran. Orang ramai yang berurusan dengan individu-individu yang tidak diberi kebenaran mengendalikan servis kiriman wang akan turut menerima akibat sekiranya wang yang terlibat dibekukan untuk tujuan siasatan di bawah AMLATFA.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.