Pemberitahuan: Syarikat yang tidak lagi dibenarkan mengendalikan kiriman wang

Embargo: Untuk siaran segera
25 Apr 2011 Notis Umum

Bank Negara Malaysia ingin memberitahu orang ramai bahawa syarikat tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan mengendalikan urusan pengiriman wang:

  1. Three Star Management (M) Sdn. Bhd

Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat kiriman wang melalui syarikat-syarikat di atas kerana terdapat risiko wang kiriman tidak sampai kepada penerima.

Mana-mana individu yang melibatkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram boleh disabit melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, iaitu termasuk penglibatan dalam urusan berkaitan hasil daripada aktiviti haram seperti mengendalikan kiriman wang tanpa kebenaran.

Orang ramai yang berurusan dengan individu-individu yang tidak diberi kebenaran mengendalikan servis kiriman wang akan turut menerima akibat sekiranya wang yang terlibat dibekukan untuk tujuan siasatan di


Bank Negara Malaysia
25 April 2011

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?