Penambahan Jumlah Terbitan Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009

17 Apr 2009 Siaran Akhbar

Berikutan permintaan yang amat menggalakkan daripada orang ramai, Kementerian Kewangan mengumumkan penambahan jumlah terbitan Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 dengan menggunakan peruntukan siri kedua. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas masih boleh melanggan Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 di kesemua bank perdagangan termasuk bank-bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank dalam tempoh jualan yang akan berakhir pada 13 Mei 2009.

Jumlah awal Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 sebanyak RM2.5 bilion telah dilanggan sepenuhnya hanya selepas dua hari dibuka untuk jualan yang bermula pada 14 April 2009.

Untuk maklumat lanjut tentang Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009, sila hubungi Bank Negara Malaysia TELELINK di 1300 88 5465 atau lawati www.treasury.gov.my dan www.bnm.gov.my/sukuksimpanan .

Kementerian Kewangan Malaysia
17 April 2009


Bank Negara Malaysia
17 April 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?