Penarikan Balik Duit Syiling RM1 Daripada Edaran

Embargo: Untuk siaran segera
07 Sep 2005 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa duit syiling RM1 masih sah diperlakukan sehingga 6 Disember 2005. Semua perniagaan hendaklah terus menerima duit syiling RM1 dan orang ramai boleh menukar duit syiling RM1 mereka sepanjang tempoh tiga bulan dari 7 September hingga 6 Disember 2005.

Orang ramai boleh menukar duit syiling RM1 pada nilai muka tanpa dikenakan caj di semua cawangan bank perdagangan, cawangan-cawangan utama Bank Simpanan Nasional dan cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Bank-bank akan menerima dan menukar duit syiling RM1 pada nilai yang sama dan sebagai prosedur, maklumat akan dicatat bagi pertukaran dalam jumlah yang luar biasa.


Bank Negara Malaysia
07 September 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?