Penceramah Antarabangsa Berkumpul untuk Berbincang Mengenai Cabaran Perundangan dalam Perbankan Pusat di Sekolah Undang-Undang Kewangan dan Perbankan 2009

Embargo: Untuk siaran segera
18 Sep 2009 Siaran Akhbar

Persekitaran ekonomi global yang berubah-ubah membawa banyak cabaran dan isu baharu yang penting kepada peranan bank pusat dan pengawal selia kewangan dalam memastikan kestabilan kewangan dan kecekapan fungsi pasaran kewangan. Sekolah Undang-undang Kewangan dan Perbankan 2009 (Banking and Financial Law School, BFLS 2009) menyediakan forum peringkat tinggi untuk perbincangan - pada peringkat antarabangsa dan serantau - berkenaan penyelesaian perundangan bagi pengawal selia ketika krisis, di samping kemampuan saluran-saluran ini berdasarkan krisis global yang melanda.

Bertemakan "Cabaran Semasa dalam Perbankan Pusat - Perspektif Undang-Undang", forum ini akan diadakan pada 24 and 25 September 2009 di Kuala Lumpur. Forum ini mengumpulkan penceramah ternama antarabangsa daripada negara maju dan negara sedang pesat membangun yang terjejas akibat krisis untuk berkongsi pandangan tentang pembaharuan undang-undang penting yang diperlukan bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam persekitaran yang pesat berubah dan tidak menentu.

Dianjurkan oleh Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (South East Asian Central Banks, SEACEN), Bank Negara Malaysia dan Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), forum yang berlangsung selama dua hari ini akan menumpukan kepada isu berkaitan perundangan perbankan pusat, pengawalseliaan institusi kewangan dan undang-undang korporat. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia dan juga Pengerusi Lembaga Gabenor SEACEN akan menyampaikan ucaptamanya. 

Antara penceramah dan moderator ternama yang terlibat dengan forum ini ialah    Dr. Charles Proctor dari Tetuan Bird & Bird, London, Encik Thomas C. Baxter dari Federal Reserve Bank of New York, Profesor Kazuaki Sono dari Universiti Hokaido, Profesor Cynthia Lichtenstein dari Boston College, The Hon. Justice Sir William Blair, Hakim di Royal Courts of Justice, United Kingdom, Dr. Antonio Sáinz de Vicuña, General Counsel, European Central Bank, dan The Hon. Justice Sir Ross Cranston, Hakim di Royal Courts of Justice, United Kingdom. 

Peserta yang ingin menghadiri BFLS 2009, boleh memuat turun borang pendaftaran daripada laman sesawang berikut: www.bnm.gov.my (di bawah ‘Notis dan  Pengumuman'), www.ibbm.org.my (di bawah ‘Events') atau www.seacen.org (di bawah ‘Training Events and Meetings'). Peserta yang telah mendaftar untuk BFLS 2009 juga akan didaftarkan secara percuma untuk Seminar Mengenai Isu Undang-Undang dalam Industri Perkhidmatan Kewangan Islam Ke-4 anjuran Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board, IFSB) pada 28 hingga 29 September 2009 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut berhubung dengan seminar ini boleh didapati di laman sesawang IFSB di www.ifsb.org (di bawah ‘Events and Activities').

Senarai penceramah:

  1. Dr. Charles Proctor
    Peguam Cara, Messrs.Bird & Bird, London 
  2. Encik Thomas C. Baxter, Jr.
    General Counsel and Executive Vice President, Federal Reserve Bank of New York  
  3. Encik Krirk Vanikkul
    Penolong Gabenor, Bank of Thailand  
  4. Encik Jeremy Lee Eng Huat
    Pengarah Jabatan Undang-Undang, Bank Negara Malaysia  
  5. Profesor Dr. Mario Giovanoli
    Mantan General Counsel, Bank for International Settlements 
  6. Profesor Kazuaki Sono
    Profesor Emeritus, Universiti Hokkaido  
  7. Encik Azryain Bin Borhan
    Pengarah Jabatan Pembangunan Korporat dan Polisi, Suruhanjaya Syarikat Malaysia 
  8. Encik Phillip Koh Tong Ngee
    Tetuan Mah-Kamariah & Phillip Koh, Kuala Lumpur
  9. Profesor Cynthia Lichtenstein
    Profesor Emeritus, Boston College Law School 
  10. Encik Ernest T. Patrikis
    Rakan Kongsi,Messrs. White & Case, New York 
  11. Cik Wong Sau Ngan
    General Counsel, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 
  12. Dr. Eva Hüpkes
    Head of Regulation, Legal Department, Swiss Banking Federal Commission; Co-chair of the Cross-border Bank Resolution Group, Basel Committee on Banking Supervision       
  13. Profesor François Gianviti
    Former General Counsel of the International Monetary Fund
  14. Cik Lim Yam Poh
    General Counsel, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
  15. Encik Stefan Gannon
    General Counsel, Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong
  16. Encik Akash Mohapatra
    Director and Senior Legal Counsel, Asia Pacific Head Office
  17. Cik Jacqueline Low
    Senior Counsel, Asia International Swap and Derivatives Association, Inc.

Senarai moderator:

  1. The Hon. Justice Sir William Blair
    Hakim, Royal Courts of Justice, United Kingdom
  2. Dr. Antonio Sáinz de Vicuña
    General Counsel, European Central Bank
  3. The Hon. Justice Sir Ross Cranston
    Hakim, Royal Courts of Justice, United Kingdom 
  4. Profesor François Gianviti
    Former General Counsel of the International Monetary Fund
  5. Mr. Gopal Sundaram
    Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia
18 September 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?