Penerbitan Bon Simpanan Merdeka
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan penerbitan pertama Bon Simpanan Merdeka berjumlah RM500 juta pada 4 Febuari 2004. Penerbitan pertama ini adalah sebahagian daripada lapan penerbitan yang akan diterbitkan setiap suku tahun dari 2004 hingga 2005. Bon yang berasaskan prinsip Syariah ini akan menyediakan instrumen tambahan bagi simpanan untuk warga emas yang tidak bekerja secara sepenuh masa dan juga anggota Tentera Malaysia yang telah bersara.
Bagi yang ingin melanggan, mereka bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan bon sewaktu tempoh jualan yang bermula dari 5 hingga 30 Januari 2004. Bon ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang bon diberi kelonggaran untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.
Pelaburan minima bon ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap pelabur. Bon Simpanan Merdeka ini boleh dilanggani di semua bank perdagangan dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar melalui akaun simpanan pemegang bon di bank ejen masing-masing.
Pemegang Bon Simpanan Malaysia Siri 03 boleh juga melanggan Bon Simpanan Merdeka dengan menggunakan hasil penebusan Bon Simpanan Malaysia Siri 03. Untuk melaksanakannya, mereka dikehendaki menyerahkan sijil Bon Simpanan Malaysia Siri 03 (sebelum tarikh matang), sewaktu tempoh jualan Bon Simpanan Merdeka kepada bank ejen masing-masing.
Maklumat lanjut boleh didapati daripada talian bantuan di 03-26907276/26907225 atau 03–26988044 sambungan 8439/8712 atau melayari laman web /bonmerdeka. Ciri-ciri utama Bon Simpanan Merdeka adalah seperti berikut:
Ciri-Ciri Utama Bon Simpanan Merdeka
| Kekerapan Penerbitan | • Penerbitan berkala sepanjang tahun 2004 dan 2005. • Tarikh penerbitan pertama pada 4 Februari 2004. • Penerbitan seterusnya dalam tahun 2004 adalah pada: 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober. Perincian bagi tahun 2005 akan dimaklumkan kemudian. |
| Saiz Bon | • Saiz bagi penerbitan pertama ialah RM500 juta. • Saiz bagi penerbitan berikutnya akan diumumkan dua bulan sebelum tarikh penerbitan bagi setiap keluaran. |
| Jenis Bon | • Bon yang diterbitkan berasaskan prinsip-prinsip Syariah. • Bon ini mempunyai struktur yang sama dengan bon kupon. |
| Tempoh Pemegangan | • Tempoh matang bagi setiap penerbitan adalah dua tahun. |
| Kelayakan | • Warga Emas berumur 55 tahun ke atas dan tidak bekerja sepenuh masa. • Anggota Tentera Malaysia yang telah besara secara mandatori dan tidak bekerja sepenuh masa. • Pemohon tidak disabitkan sebagai muflis pada semasa tempoh jualan. |
| Keuntungan kepada Pelabur | • 5% setahun bagi penerbitan yang pertama. • Keuntungan bagi penerbitan berikutnya akan di umumkan dua bulan sebelum tarikh penerbitan. |
| Pengecualian Cukai | • Keuntungan dari bon ini adalah dikecualikan daripada pembayaran cukai. |
| Kekerapan Pembayaran Keuntungan kepada Pelabur | • Setiap suku tahun. • Keuntungan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun simpanan pelabur dengan Bank Ejen. |
| Sijil Bon | • Sijil bon akan diterbitkan di atas nama pemegang bon ini. |
| Denominasi | • Denominasi minima bagi setiap sijil ialah RM1,000. • Pegangan maksimum setiap pelabur ialah RM100,000 pada sesuatu masa sepanjang tempoh bon. • Sijil-sijil akan dikeluarkan dalam gandaan RM100 dengan jumlah maksimum lima sijil bagi seorang pelabur setiap isu. |
| Tempoh Jualan | • Pelabur-pelabur boleh memohon untuk mendapatkan bon ini di sepanjang tempoh jualan selama sebulan dari tarikh setiap penerbitan. • Tempoh jualan bagi penerbitan yang pertama ialah dari 5 hingga 30 Januari 2004. • Tempoh jualan selanjutnya bagi tahun 2004 ialah dari 1 hingga 31 Mac, 1 hingga 30 Jun dan 1 hingga 30 September. |
| Penebusan | • Pemegang bon boleh menebus bon pada nilai muka pada atau sebelum tarikh matang, tetapi tidak lebih awal dari tarikh pembayaran keuntungan pertama bagi setiap terbitan. Pembayaran keuntungan akan dibahagikan berdasarkan jumlah hari pegangan bon ini. |
| Pindah Milik dan Serah Hak | • Bon ini tidak boleh diurus niaga, dipindah milik atau diserah hak. |
| Bank Ejen | • ABN AMRO Bank Berhad • Affin Bank Berhad • Alliance Bank Malaysia Berhad • AmBank Berhad • Bank Muamalat Malaysia Berhad • Bank Islam Malaysia Berhad • Bangkok Bank Berhad • Bank of America Malaysia Berhad • Bank of China (M) Berhad • Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Berhad • Bumiputera-Commerce Bank Berhad • Citibank Berhad • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad • EON Bank Berhad • Hong Leong Bank Berhad • HSBC Bank Malaysia Berhad • J.P. Morgan Chase Bank Berhad • Malayan Banking Berhad • OCBC Bank (Malaysia) Berhad • Public Bank Berhad • RHB Bank Berhad • Southern Bank Berhad • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad • The Bank of Nova Scotia Berhad • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad • Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad |
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.