Penerbitan Bon Simpanan Merdeka

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1900 pada Isnin, 15 September 2003
15 Sep 2003 Siaran Akhbar

Bermula 2 Februari 2004, Bank Negara Malaysia akan memulakan penerbitan Bon Simpanan Merdeka secara kerap. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2004, langganan kepada bon ini terbuka kepada golongan pesara yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Objektif Bon Simpanan Merdeka ialah untuk menawarkan instrumen simpanan tambahan dengan kadar pulangan yang lebih baik kepada golongan pesara.

Ciri-ciri utama BSM adalah seperti berikut:

Kekerapan terbitan
  • Terbitan nalar sepanjang tahun 2004 dan 2005.
  • Sasaran tarikh terbitan pertama pada 2 Februari 2004.
Saiz Bon
  • Saiz terbitan pertama berjumlah RM500 juta.
  • Saiz terbitan berikutnya akan diumumkan dua bulan sebelum tarikh setiap penerbitan.
Jenis Bon
  • Bon Islam berasaskan prinsip Bai’ Al-Inah.
  • Bon ini mempunyai struktur yang serupa dengan bon berkupon.
Tempoh Pemegangan
  • Setiap terbitan mempunyai tempoh matang selama 2 tahun.
Pembeli yang layak
  • Pesara yang berumur 55 tahun ke atas, dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Anggota beruniform yang bersara wajib, dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Margin Untung bagi Para Pelabur
  • 5% setiap tahun bagi terbitan pertama.
  • Margin untung bagi terbitan seterusnya akan diumumkan dua bulan sebelum tarikh terbitan bagi setiap penerbitan.
Kekerapan Pembayaran Untung kepada Para Pelabur
  • Setiap suku tahunan.
  • Keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemegang bon atau dibayar dengan cek.
Sijil Fizikal
  • Bon akan dijual dalam bentuk berdaftar. Sijil fizikal akan dikeluarkan atas nama pelabur.
Denominasi
  • Denominasi minimum bagi setiap sijil adalah sebanyak RM1,000.
  • Sijil akan dikeluarkan dalam gandaan RM100, dengan had maksima 5 sijil bagi setiap pelabur dan penerbitan.
  • Pegangan maksima bagi setiap pelabur adalah sebanyak RM100,000.
Tempoh Jualan
  • Para pelabur boleh membuat pesanan sebulan sebelum tarikh terbitan setiap penerbitan.
  • Tempoh jualan bagi terbitan pertama bermula dari 2 Januari 2004 hingga 31 Januari 2004.
Penebusan
  • Para pemegang bon boleh menebus bon pada nilai muka pada dan sebelum tarikh matang, tetapi setelah pembayaran untung pertama setiap terbitan dibuat. Pembayaran faedah akan dibahagi berdasarkan bilangan hari pegangan bon tersebut.
Pengecualian Cukai
  • Pulangan daripada bon adalah dikecualikan daripada cukai.
Pindah Milik dan Penyerahan Hak
  • Bon tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diserah hak.
Bank-bank Agen
  • Semua bank perdagangan.

Bank Negara Malaysia
15 September 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?