Penerbitan Dokumen Pendekatan Penguatkuasaan
Dalam usaha melaksanakan mandat Bank Negara Malaysia (BNM), kuasa dan tanggungjawab pengawalan BNM meliputi kuasa untuk mengambil tindakan penyeliaan dan/atau penguatkuasaan terhadap institusi kewangan dan pihak lain yang melanggar undang-undang yang ditadbir oleh BNM. Tindakan ini penting bagi memperkukuh budaya pematuhan yang mantap serta melindungi kepentingan orang ramai dengan penekanan terhadap perlindungan pengguna.
Oleh itu, BNM menerbitkan Pendekatan Penguatkuasaan yang menggariskan rejim penguatkuasaan BNM yang komprehensif. Kandungan utama dokumen ini termasuk:
- Gambaran keseluruhan bidang kuasa dan skop kuasa berkaitan penguatkuasaan BNM;
- Penubuhan dan peranan Jawatankuasa Penguatkuasaan;
- Butiran mengenai pelbagai tindakan penguatkuasaan yang digunakan serta prinsip umum dalam menentukan pengiraan denda monetari; dan
- Pendekatan berkenaan penzahiran tindakan penguatkuasaan yang diambil.
Dokumen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pendekatan BNM dalam mentadbir kuasa penguatkuasaannya. Ketelusan yang dipertingkatkan ini dijangka memupuk keyakinan terhadap peranan BNM sebagai pengawal selia sistem kewangan.
Sila rujuk:
Enforcement Approach
Tarikh penerbitan
30 April 2024
Jabatan yang Menerbitkan Dokumen
Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.