Penerbitan Program Duit Syiling Dalam Pendidikan (Coin In Education)

Embargo: Untuk siaran segera
07 Apr 2003 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri duit syiling bertema (Thematic Coin Series) di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling (PMDS). Program PMDS ini adalah bertujuan untuk menggalak minat mengumpul dan menghargai duit syiling di kalangan pelajar sekolah. Satu tema baru dengan 12 keluaran duit syiling akan diperkenalkan setiap tahun.

Siri pertama program PMDS membawa tema Spesis Haiwan Terancam - Haiwan Darat (Animal Living on Land) tahun 2003 yang mengandungi 12 jenis spesis haiwan. Harimau Sumatera dipilih untuk rekabentuk keluaran pertama diikuti dengan 11 spesis haiwan lain. Senarai 12 spesis haiwan dalam siri ini adalah seperti di Lampiran I.

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Ini merupakan kali pertama Bank mengeluarkan duit syiling dengan nilai muka 25 sen. Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:
 

Jenis
Aloi
Nilai Muka
Kuantiti Tempaan Dibenar Setiap Keluaran
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Nordic (Kilatan Istimewa)
Cu89 Zn5Al5 Sn1
25 sen
100,000
5.00
30.0
9.16
Bulat dengan sisi bergerigi


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran Siri Spesis Haiwan Terancam seperti dalam Lampiran I. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi haiwan berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan gambar hutan sebagai habitat semula jadi haiwan.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling Siri Haiwan Terancam ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Keluaran pertama duit syiling adalah pada 8 April 2003 manakala tarikh keluaran 11 siri berikutnya akan diumumkan kemudian mengikut jadual di Lampiran I. Duit syiling ini boleh didapati di pusat-pusat jualan seperti berikut:

Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri (Lampiran II)

  1. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
  2. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, K. Lumpur dan 5 Cawangannya (Lampiran II)
  3. Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. (Lampiran II)
  4. Royal Mint Exchange dan Pemegang Francais (Lampiran II)
  5. Zoo Negara, Hulu Kelang. K. Lumpur; Zoo Taiping dan Zoo Melaka di Air Keroh, Melaka.
  6. i-everything Sdn. Bhd
    [email protected]

Lampiran I
[Top]

 

Pendidikan Melalui Duit Syiling
Siri Haiwan Terancam

Senarai Siri Haiwan Terancam dan Jadual Keluaran

 
Haiwan Terancam
Jadual Keluaran
1.
Harimau Sumatera
April 2003
2.
Orang Utan
April 2003
3.
Gajah
Mei 2003
4.
Badak Sumatera
Mei 2003
5.
Kongkang
Jun 2003
6.
Kijang
Jun 2003
7.
Tenuk
Julai 2003
8.
Kambing Gurun
Ogos 2003
9.
Seladang
September 2003
10.
Rusa
September 2003
11.
Harimau Dahan
November 2003
12.
Monyet Bangkatan
Disember 2003

Lampiran II
[Top]

1. Senarai Pejabat Pos Negeri

 

 

No. Negeri Alamat Pejabat Pos Besar Negeri Nombor Telefon
1. Kuala Lumpur Philetely Stamp Galery,Jln. Tan Cheng Lock,50670 Kuala Lumpur 03-22741122
2. Selangor Pejabat Pos Besar Shah Alam, 40670 Shah Alam, Selangor 03-55198595
3. Perlis JKR 126, Jalan Jubli Perak01000 Kangar, Perlis 04-9761463
4. Kedah Jln. Stadium, 05670 Alor Setar, Kedah 04-7302555
5. Pulau Pinang JKR 1268, Jalan Bagan Dalam 12100 Butterworth, Pulau Pinang 04-3337480
6. Perak JKR, 5120, Jln Kelab, 30670 Ipoh, Perak 05-2546555
7. N. Sembilan JKR 1436, Jln. Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan 06-7630555
8. Melaka Bukit Baru, 75670 Melaka 06-2833844
9. Johor JKR 2521, Jln. Dato Onn, 80000 Johor Bahru 07-2244233
10. Pahang JKR 1436, Jln. Abd. Aziz, 25670 Kuantan, Pahang 09-5521078
11. Kelantan Jln. Sultan Ibrahim, 15670 Kota Bharu, Kelantan 09-7484033
12. Terengganu JKR 445, Jln. Sultan Zainal Abidin, 20670 Kuala Terengganu. 09-6227555
13. Sarawak Jalan Tun Abg. Hj. Openg, 93670 Kuching Sarawak 082-247499
14. Sabah Jln. Chong Thein Vun, Off Jln. Tun Razak, 88670 Kota Kinabalu, Sabah 088-210855

2. Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
  1. Lot 49, Persiaran Mewah
    Kawasan Perindustrian
    Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
     
  2. Lot 522, Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar
    33000 Kuala Kangsar Perak.

3. Royal Mint Exchange

  1. No. 18 Tingkat 1
    Jalan Tengku Ampuan Zabedah
    G9/G Seksyen 9, Shah Alam
     
  2. SS2 Branch
    No. 80, Ground loor
    Jalan SS2/60 SEA Park
    47300 Petaling Jaya, Selangor
    Tel: 03-78744066
     
  3. Taipan Branch
    No. 19, Ground Floor, Jalan 10/1C
    Taipan Triangle
    47620 UEP Subang Jaya, Selangor
    Tel: 03-56328660
     
  4. Shah Alam Branch
    G11, Ground Floor, Plaza Alam Sentral
    Jalan Masjid Seksyen 14, Shah Alam
    Tel: 03-55140218
     
  5. Bandar Baru Klang Branch
    No. 8, Ground Floor, jalan Tiara
    Bandar Baru Klang
    Tel: 03-33428500
     
  6. Bangsar Branch
    66, Jalan Telawi
    Bangsar Baru, Kuala Lumpur
    Tel: 03-22876066
     
  7. K. Terengganu Branch
    No. 11A, Ground Floor
    Jalan Kota Lama
    20300 K. Terengganu
     
  8. Putrajaya Branch
    Lot No. 2G(A)/2G(b)
    Lanai Pusat Kejiranan
    Precint 10, No. 2
    Persiaran Seri Perdana, Putrajaya
    Tel: 03-88895609 / 5610

4. Bank Negara Malaysia Branches

  1. Bank Negara Malaysia
    Pulau Pinang
    27 Corner Light / Pitt Street
    10200 Pulau Pinang
    Tel: 04-2627125
     
  2. Bank Negara Malaysia
    Johor Bahru
    Jalan Bukit Timbalan
    Peti Surat 000
    80720 Johor bahru, Johor
    Tel: 07-2240799
     
  3. Bank Negara Malaysia
    Jalan Datuk Chong Thain Voon
    Peti Surat 11200 88813 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel: 088-211211
     
  4. Bank Negara Malaysia
    Kuching
    Jalan Satok
    Peti Surat 682
    93720 Kuching
    Tel: 082-2522311
     
  5. Bank Negara Malaysia
    Kuala Terengganu
    Jalan Sultan Mohamad
    20990 K. Terengganu
    Tel: 09-6220571

5. i-everything Sdn. Bhd

website: [email protected]


Bank Negara Malaysia
07 April 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?