Pengambilalihan Kawalan daripada Tahan Insurance Malaysia Berhad

Embargo: Untuk siaran segera
22 Mei 2009 Siaran Akhbar

Menurut subseksyen 59(4)(a) Akta Insurans 1996, Menteri Kewangan telah mengeluarkan arahan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil alih kawalan daripada Tahan Insurance Malaysia Berhad (Tahan). Tahan yang merupakan syarikat insurans am berlesen mempunyai bahagian pasaran sebanyak 1%. Tujuan utama arahan pengambilalihan ini adalah untuk melindungi kepentingan pemegang polisi insurans Tahan. Arahan ini dikeluarkan kerana Tahan didapati tidak mematuhi keperluan modal yang ditetapkan dan tidak memenuhi pelan pengukuhan modal. Arahan ini berkuat kuasa hari ini.

Semasa tempoh pengambilalihan kawalan ini, operasi perniagaan Tahan akan berjalan seperti biasa. Sehubungan dengan ini, Bank Negara Malaysia telah melantik Encik Phoon Soon Keong, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd, sebagai orang yang dilantik untuk mengambil alih kawalan daripada Tahan. Encik Phoon Soon Keong akan mengawasi semua harta, perniagaan dan urusan Tahan untuk memastikan aktiviti perniagaannya berjalan lancar bagi menjaga kepentingan pemegang polisinya. Encik Phoon Soon Keong juga akan memilih penyelesaian dengan kos terendah bagi mendapatkan resolusi yang berkesan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

Customer Careline
Tahan Insurance Malaysia Berhad
No. Telefon: 03 - 2694 8000
Waktu Urusan: Isnin - Jumaat ,8.45 pagi - 5.30 petang.

BNMTELELINK (Pusat Panggilan Bank Negara Malaysia)
No. Telefon: 1-300-88-5465
Waktu Urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang.


Bank Negara Malaysia
22 Mei 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?