Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Perisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya

07 Nov 2000 Siaran Akhbar

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN

SEMPENA PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran dua jenis duit syiling peringatan sahlaku sempena pengisytiharan status bandaraya kepada Shah Alam. Kedua-dua duit syiling peringatan tersebut, yang merupakan dari jenis kilatan istimewa (brilliant uncirculated) diperbuat dari perak dan dwi-logam, akan dijual mulai Rabu, 8 November 2000.

Duit syiling perak, yang mempunyai nilai muka RM10, dijual pada harga RM120 sekeping. Kuantiti tempaannya terhad sebanyak 1,000 keping. Duit syiling jenis dwi-logam, yang mempunyai nilai muka RM1, dijual pada harga RM5 sekeping. Kuantiti tempaannya terhad sebanyak 10,000 keping.

Rekabentuk Duit Syiling

Kedua-dua duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Di bahagian hadapan (obverse) memaparkan mercu tanda Shah Alam iaitu bangunan Masjid Negeri, diapit oleh Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Bangunan Sekretariat Negeri dan di kelilingnya tertera perkataan ‘belakang (reverse), tertera lambang MBSA dan nilai muka duit syiling peringatan ini.

Konsep rekabentuk duit syiling peringatan ini disumbangkan oleh MBSA dan The Royal Mint of Malaysia.

Spesifikasi Teknikal

SPESIFIKASI

Jenis

Perak

Dwi-logam

Kandungan Logam

Perak 92.5%

Tembaga 7.5%

Luar – CuAl6Ni2

Dalam – CuNi25

Klasifikasi

Kilatan Istimewa

Kilatan Istimewa

Garispusat

35.7 mm;

26.5mm;

Ketebalan

2.7 mm;

2.33mm;

Berat

21.7 gram

8.15 gram

Duit syiling peringatan perak didatangkan dalam kotak baldu berwarna biru, manakala duit syiling peringatan dwi-logam didatangkan dalam bentuk ‘blister pack’ yang menarik dengan ringkasan mengenai sejarah bandaraya Shah Alam.

Duit-duit syiling peringatan ini ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia. Kedua-dua jenis duit syiling ini dijual di The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang di alamat Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40720 Shah Alam melalui tempahan atau pembelian terus, bergantung kepada stok yang ada. Duit-duit syiling ini juga dijual di Ibu Pejabat BNM di Kuala Lumpur, di cawangan-cawangan BNM di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, serta di Wisma MBSA di Shah Alam.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi The Royal Mint of Malaysia di talian 03-55191611/2/3 atau faksimili 03-55198746.


Bank Negara Malaysia
07 November 2000

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?