Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keretapi Tanah Melayu Ke-125

Embargo: Untuk siaran segera
22 Jun 2010 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-125 Keretapi Tanah Melayu (KTM). Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada 21 Jun 2010 oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut:

  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia bernilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 150 keping.
  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Ia bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 300 keping.
  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Duit syiling emas nordic ini bernilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah 15,000 keping.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 250 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM150 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Memaparkan perkembangan dan transformasi kereta api negara sejak 125 tahun yang lalu, bermula daripada kereta api lokomotif berkuasa arang batu kepada Sistem Kereta Api Elektrik (Electric Train System, ETS), iaitu kereta api terbaharu dalam kumpulan kereta api KTM yang sedia ada. Perkataan "Keretapi Tanah Melayu" dan "125 Tahun" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala tahun "1885 - 2010" pula dipaparkan pada bahagian bawah permukaan duit syiling.
  • Bahagian Belakang Memaparkan imej logo KTM yang sedia ada di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling ini tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan dijual mulai 22 Jun 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam

Nilai Muka
(RM)

Harga Jualan
(RM)

Tempaan Dibenarkan
Garispusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk

Emas Pruf

Emas (Au999.9)

100
1,200

150

22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi

Perak Pruf

Perak

(Ag92.5)

10
150
300
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi

Emas Nordic

Cu89 Zn5

Al5 Sn1

1
10
15,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi

Set 2 dalam 1

 

10+1
200
200
 
 
 

Set 3 dalam 1

 

100+10+1
1,450
250
 
 
 

Nota:

  1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf, dan
  2. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf.

Emas Pruf

 

Perak Pruf

 

Emas Nordic


Bank Negara Malaysia
22 Jun 2010

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?