Pengeluaran Siri Duit Syiling 'Spesies Terancam' ketiga: 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam'

Embargo: Untuk siaran segera
08 Mei 2006 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan siri duit syiling 'Spesies Terancam' yang ketiga yang bertemakan 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam'. Siri duit syiling ini ialah sebahagian daripada Program Pendidikan Melalui Duit Syiling, satu usaha Bank Negara Malaysia untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap spesies haiwan dan burung terancam di Malaysia. Siri ini dikeluarkan berikutan kejayaan dua siri 'Spesies Terancam' sebelumnya yang bertemakan 'Haiwan Darat' dan 'Burung'.

Sama seperti siri duit syiling 'Haiwan Darat' dan 'Burung', siri duit syiling "Haiwan Laut dan Reptilia Terancam" ini dikeluarkan kepada orang ramai dalam dua belas keluaran, yang menampilkan dua belas haiwan laut dan reptilia terancam yang terpilih. Dua siri duit syiling keluaran pertama ini, yang memaparkan Penyu Agar dan Penyu Karah akan dikeluarkan pada hari ini. Ini diikuti dengan sepuluh keluaran yang lain secara bulanan. Senarai dua belas spesies dalam siri duit syiling ini dan jadual keluarannya adalah seperti dalam Lampiran 1.

Spesifikasi Duit Syiling

Setiap duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas Nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5.50 setiap satu. Duit syiling ini akan disediakan dalam kad duit syiling yang menarik dan berwarna-warni, lengkap dengan maklumat berkenaan setiap spesies. Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti yang berikut :

 Jenis

 Aloi

Nilai Muka

Kuantiti Tempaan Dibenar

Harga Jualan (RM)

Garis Pusat
(mm)

Berat
(gram)

Bentuk

Emas Nordic (Kilatan Istimewa)

Cu89 Zn5
AL5
Sn 1

25 sen

40,000
keping

5.50

34.00

15.5

Bulat dengan sisi bergerigi

Nota: Emas Nordic ialah aloi yang berwarna keemasan, yang terdiri daripada 89% Tembaga, 5% Zink, 5% Aluminium dan 1% Timah

Reka Bentuk Duit Syiling

Reka bentuk pada sebelah hadapan duit syiling memaparkan salah satu daripada dua belas haiwan laut dan reptilia itu. Ciri lain termasuk perkataan "ENDANGERED SPECIES SERIES" pada bahagian atas duit syiling. Manakala pada bahagian bawah tertera nama haiwan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta nama saintifiknya.

Pada sebelah belakang duit syiling tertera nilai muka duit syiling dan logo bagi siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam', yang memaparkan Penyu Belimbing.

Pusat-pusat Jualan

Siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia' ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit-duit syiling ini boleh didapati di lokasi berikut :

  • Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia , Kuala Lumpur
  • The Royal Mint of Malaysia , Shah Alam, Selangor
  • Taman Burung Kuala Lumpur, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
  • Royal Mint Exchange Alam Sentral, Shah Alam, Selangor
  • Aquaria, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala Lumpur
  • Zoo Taiping, Perak
  • Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur
  • Zoo Melaka, Melaka

Lampiran 1

Senarai Siri 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam' 2006

  Nama Biasa

No.

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

  Bulan Keluaran

1.

Penyu Agar

Green Turtle

8 Mei 2006

2.

Penyu Karah

Hawksbill Turtle

8 Mei 2006

3.

Lumba - Lumba

Bottlenose Dolphin

Akhir Mei

4.

Tuntung Laut

Painted Terrapin

Akhir Mei

5.

Penyu Lipas

Olive Ridley Turtle

Jun

6.

Penyu Belimbing

Leatherback Turtle

Jun

7.

Duyong/Dugong

Dugong

Julai

8.

Buaya Siam

Siamese Freshwater Crocodile

Ogos

9.

Jerung Paus

Whale Shark

September

10.

Buaya Julong-Julong

Malayan Gharial Crocodile

Oktober

11.

Buaya Tembaga

Estuarine Crocodile

November

12.

Lumba-Lumba Empesut

Irrawady Dolphin

Disember


Bank Negara Malaysia
08 Mei 2006

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?