Pengenalan Murabahah Bercagar
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengenalan instrumen monetari Islam baharu, iaitu Murabahah Bercagar (Collateralised Murabahah).
Murabahah Bercagar pada asasnya ialah pembiayaan berlandaskan Syariah yang bercagarkan aset dan pembiaya berhak menjual aset itu sekiranya pelanggan gagal membayar balik pembiayaan tersebut. Murabahah Bercagar menggabungkan pembiayaan Murabahah yang telah diterima umum, dengan Sukuk yang menjadi aset sandaran bagi menjamin transaksi tersebut.
Murabahah Bercagar akan menjadi instrumen kewangan baharu yang mempunyai risiko kredit yang rendah yang membolehkan transaksi antara bank yang bercagar dibuat dalam Pasaran Wang Islam di Malaysia. Instrumen ini akan mempelbagaikan alat pengurusan mudah tunai sedia ada dan menggalakkan lagi tahap mudah tunai yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan Islam.
Murabahah Bercagar boleh digunakan oleh institusi kewangan Islam untuk memperoleh mudah tunai daripada Bank melalui kemudahan tersedia (standing facility) dan juga akan diperluas bagi memudahkan operasi pasaran wang Islam harian dalam pasaran antara bank.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.