Penggabungan Institusi Perbankan Tempatan

Embargo: Untuk siaran segera
14 Feb 2000 Siaran Akhbar

Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor, Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan bahawa BNM telahpun mengkaji secara terperinci cadangan penggabungan yang dikemukakan oleh institusi perbankan tempatan dengan mengambilkira antara lain, faktor-faktor berikut:-

  1. Keperluan untuk mengurangkan dengan ketara bilangan institusi perbankan tempatan daripada 54 buah institusi perbankan tempatan yang ada pada masa ini;
  2. Keperluan menstruktur kumpulan penggabungan supaya dapat meraih sinergi secara maksimum hasil daripada pelaksanaan penggabungan tersebut dan memperbaiki tahap keuntungan serta mempertingkatkan efisiensi kumpulan perbankan yang dicadangkan;
  3. Memastikan tiada gangguan ke atas perkhidmatan dan operasi perbankan akibat daripada rasionalisasi cawangan dan pekerjaan di dalam industri perbankan hasil daripada pelaksanaan cadangan penggabungan ini;
  4. Memastikan kos integrasi berada di tahap minimum bagi memelihara tahap daya maju kumpulan perbankan yang baru; dan
  5. Memastikan setiap kumpulan perbankan mempunyai saiz yang bersesuaian. Sehubungan ini, setiap kumpulan perbankan akan mempunyai sekurang-kurangnya dana pemegang saham sebanyak RM2 bilion dan jumlah aset sebanyak RM25 bilion.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, kelulusan telah diberi bagi pembentukan 10 kumpulan perbankan, pemilihan bank teras dan rakan-rakan penggabungan masing-masing. Sepuluh kumpulan perbankan tersebut adalah seperti berikut:-

Bank Teras

Institusi Perbankan di dalam Kumpulan

Malayan Banking Berhad

Malayan Banking Berhad

Mayban Finance Berhad

Aseambankers Malaysia Berhad

PhileoAllied Bank Berhad

The Pacific Bank Berhad

Sime Finance Berhad

Kewangan Bersatu Berhad

Bumiputra-Commerce Bank Berhad

Bumiputra-Commerce Bank Berhad

Bumiputra-Commerce Finance Berhad

Commerce International Merchant Bankers Berhad

RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad

RHB Sakura Merchant Bankers Berhad

Delta Finance Berhad

Interfinance Berhad

Public Bank Berhad

Public Bank Berhad

Public Finance Berhad

Hock Hua Bank Berhad

Advance Finance Berhad

Sime Merchant Bankers Berhad

Arab Malaysian Bank Berhad

Arab-Malaysian Bank Berhad

Arab-Malaysian Finance Berhad

Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad

Bank Utama Malaysia Berhad

Utama Merchant Bankers Berhad

Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Finance Berhad

Wah Tat Bank Berhad

Credit Corporation Malaysia Berhad

Perwira Affin Bank Berhad

Perwira Affin Bank Berhad

Affin Finance Berhad

Perwira Affin Merchant Bankers Berhad

BSN Commercial Bank Berhad

BSN Finance Berhad

BSN Merchant Bank Berhad

Multi-Purpose Bank Berhad

Multi-Purpose Bank Berhad

International Bank Malaysia Berhad

Sabah Bank Berhad

MBf Finance Berhad

Bolton Finance Berhad

Sabah Finance Berhad

Bumiputra Merchant Bankers Berhad

Amanah Merchant Bank Berhad

Southern Bank Berhad

Southern Bank Berhad

Ban Hin Lee Bank Berhad

Cempaka Finance Berhad

United Merchant Finance Berhad

Perdana Finance Berhad

Perdana Merchant Bankers Berhad

EON Bank Berhad

EON Bank Berhad

EON Finance Berhad

Oriental Bank Berhad

City Finance Berhad

Perkasa Finance Berhad

Malaysian International Merchant Bankers Berhad

BNM akan bekerja rapat dengan setiap kumpulan perbankan dalam melaksanakan program penggabungan ini. Langkah seterusnya adalah bagi institusi perbankan yang terlibat untuk menyiapkan kajian usaha wajar dan menandatangani perjanjian jual-beli. BNM telah menetapkan penghujung Disember 2000 sebagai tarikh akhir bagi pelaksanaan program penggabungan ini.

Program penggabungan merupakan syarat penting bagi mewujudkan institusi perbankan tempatan yang kukuh, efisien dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, ianya harus disokong dengan langkah-langkah lain memandangkan program penggabungan dengan sendirinya tidak dapat mencapai objekif tersebut. Sehubungan itu, BNM akan terus memperkenalkan dasar yang sesuai seperti mempertingkatkan tahap kepakaran dan profesionalisme kakitangan institusi perbankan dan mewujudkan tataurusan korporat yang lebih efektif bagi mempertingkatkan lagi kekukuhan dan daya saing institusi perbankan tempatan dalam konteks cabaran persekitaran yang liberal dan global. Program penggabungan ini merupakan langkah pertama yang penting dalam misi ini.


Bank Negara Malaysia
14 Februari 2000

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?