Penubuhan Khidmat Nasihat Pembiayaan untuk memberikan khidmat nasihat tentang pembiayaan

21 Ogo 2019 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP). Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan mendapat sokongan daripada industri kewangan.  

MyKNP merupakan satu lagi usaha yang dilaksanakansecara kolektif dalam ekosistem pembiayaan yang sedia ada. MyKNP bertujuan memberikan panduan yang lebih baik kepada pemohon pembiayaan, termasuk meningkatkan kefahaman pemohon tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan mereka serta meningkatkan kelayakan mereka untuk mendapatkan pembiayaan pada masa hadapan.

Pemohon yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan PKS atau pembiayaan perumahan boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi sama ada MyKNP @ CGC (pembiayaan PKS) atau MyKNP @ AKPK (pembiayaan perumahan), dan mendapatkan khidmat nasihat yang berikut:

  • Penjelasan lanjut berhubung dengan sebab-sebab permohonan pembiayaan daripada institusi kewangan tidak berjaya ;
  • Khidmat nasihat untuk meningkatkan kelayakan bagi permohonan pembiayaan pada masa hadapan; dan
  • Maklumat tentang sumber pembiayaan alternatif (untuk PKS) atau penyelesaian alternatif (bagi pembeli rumah).

Khidmat nasihat yang disediakan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut:

PKS boleh menghubungi CGC melalui:

Pembeli rumah boleh melayari dan mendaftar untuk membuat janji temu dengan AKPK melalui:


Bank Negara Malaysia
21 Ogos 2019

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?