Penubuhan Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan
Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan (Financial Technology Enabler Group, FTEG), yang akan bertanggungjawab terhadap perumusan dan penambahbaikan dasar pengawalseliaan bagi memudahkan penerapan inovasi teknologi dalam industri kewangan Malaysia.
FTEG ialah sebahagian daripada komitmen Bank untuk menyokong inovasi yang akan meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketercapaian (accessibility) perkhidmatan kewangan di Malaysia.
FTEG ialah kumpulan fungsian bersilang (cross functional) dan akan dipengerusikan oleh Encik Aznan Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan di Bank.
FTEG akan bertindak sebagai pusat perhubungan khusus di Bank bagi pertanyaan berkaitan teknologi kewangan (financial technology atau fintech) termasuk mengenai hal-hal berkenaan pengawalseliaan yang berkaitan dengan penerapan fintech dalam industri kewangan perkhidmatan.
FTEG boleh dihubungi di [email protected]
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.