Penubuhan Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di Beijing
Pada 25 April 2011, Gabenor Zhou Xiaochuan daripada People's Bank of China dan Gabenor Zeti Akhtar Aziz daripada Bank Negara Malaysia telah menandatangani perjanjian penubuhan pejabat perwakilan Bank Negara Malaysia di Beijing.
Penubuhan pejabat perwakilan Bank Negara Malaysia akan menyumbang kepada kerjasama yang lebih erat dengan People's Bank of China. Pejabat perwakilan ini juga akan berfungsi sebagai pusat perhubungan yang penting dengan pengawal selia dan peserta pasaran di China selain memudahkan pengendalian kajian pasaran tentang ekonomi dan perkembangan kewangan China.
Pejabat perwakilan di Beijing ini merupakan pejabat perwakilan luar negeri ketiga yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, selain pejabat perwakilan di London dan New York.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.