Penutupan Tabung Penyusunan Semula Industri dan Skim Khas Perumahan Kos Rendah dan Sederhana

Embargo: Untuk siaran segera
04 Ogo 1999 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menutup Tabung Penyusunan Semula Industri (TPSI) dan Skim Khas Perumahan Kos Rendah dan Sederhana (SPKRS) berkuatkuasa 4 Ogos 1999 memandangkan prestasi kedua-dua tabung ini yang tidak memuaskan. Di samping itu, jumlah peruntukan di bawah Tabung Pemulihan Industri Kecil dan Sederhana (TPIKS) telah dikurangkan dari RM750 juta ke RM500 juta berkuatkuasa 4 Ogos 1999. Setakat 17 Julai 1999, prestasi ketiga-tiga tabung tersebut adalah seperti berikut: Tabung Tarikh Ditubuhkan Peruntukan (RM juta) Kelulusan (RM juta) Pengeluaran (RM juta) TPSI Februari 1991 200 106 95 SPKRS Mei 1998 1,000 591 168 TPIKS November 1998 750 161 63 Bagi memastikan penggunaan sumber kewangan Kerajaan yang efektif, peruntukan yang tidak digunakan di bawah TPSI dan SPKRS serta peruntukan RM250 juta daripada TPIKS akan diagihkan kepada Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS) di mana kadar penggunaannya adalah lebih tinggi. Setakat 17 Julai 1999, institusi-institusi kewangan pelaksana di bawah TIKS telah meluluskan sebanyak 2,645 permohonan pinjaman yang berjumlah RM2 bilion. Pengeluaran dana pinjaman oleh institusi-institusi kewangan di bawah TIKS juga telah bertambah dalam beberapa bulan kebelakangan ini di mana ia telah mencapai RM781 juta atau 52% dari peruntukan asal berjumlah RM1.5 bilion setakat 17 Julai 1999. Dengan penutupan TPSI dan SPKRS, institusi-institusi kewangan pelaksana tidak lagi menerima sebarang permohonan pinjaman baru berkuatkuasa 4 Ogos 1999. Walau bagaimanapun, semua permohonan pinjaman yang diterima sebelum 4 Ogos 1999 akan terus diproses oleh institusi-institusi kewangan yang berkenaan.


Bank Negara Malaysia
04 Ogos 1999

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?