People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia bersetuju mewujudkan Pengaturan Swap
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1900 pada Ahad, 8 Februari 2009
08 Feb 2009
Siaran Akhbar
People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pewujudan pengaturan swap mata wang dua hala. Pengaturan ini bertujuan menggalakkan perdagangan dua hala dan pelaburan bagi pembangunan ekonomi kedua-dua buah negara.
Pengaturan ini akan memperuntukkan sejumlah 80 bilion RMB/40 bilion MYR.
Tempoh berkuat kuasa pengaturan ini ialah selama 3 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!
