Peringatan Untuk Semua Pengembara
Orang ramai adalah diingatkan bahawa berkuatkuasa 1 Julai 1999, wang kertas jenis nilai RM500 dan RM1,000 tidak sah diperlakukan lagi. Walau bagaimanapun bagi tujuan perisytiharan, semua pengembara adalah diingatkan bahawa jumlah RM1,000 yang dibenarkan untuk diimport dan dieksport termasuk juga wang kertas jenis nilai RM500 dan RM1,000 yang tidak sah diperlakukan itu.
Perisytiharan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 24 dan 25 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan ECM 13. Akta ini dan ECM 13 memerlukan semua pengembara mengisytiharkan semua jenis wang kertas yang dibawa pada dirinya dan bagasinya kepada pegawai yang diberikuasa, semasa ketibaan atau berlepas dari Malaysia, sepertimana yang dikehendaki di dalam Borang Perisytiharan Pengembara (TDF).
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.