Peringkasan Prosedur berkenaan Borang Perisytiharan Pengembara (TDF)

Embargo: Untuk siaran segera
27 Jul 2000 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa peraturan untuk mengisi Borang Perisytiharan Pengembara (TDF) bagi semua pengembara telah dipermudahkan berkuatkuasa serta merta.

Pengembara tidak lagi perlu untuk mengisi borang TDF kecuali dalam keadaan berikut:-

  1. Pengembara pemastautin dan bukan pemastautin yang membawa Ringgit melebihi RM1,000;
  2. Pengembara pemastautin yang membawa keluar matawang asing dan/atau cek kembara yang melebihi jumlah bersamaan RM10,000;
  3. Pengembara bukan pemastautin yang membawa masuk ke Malaysia matawang asing yang melebihi jumlah bersamaan USD2,500.

  4.  

Amalan sekarang untuk memperolehi kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Bank Negara Malaysia masih kekal bagi perkara berikut:-

  1. Pengembara pemastautin dan bukan pemastautin yang membawa Ringgit melebihi RM1,000;
  2. Pengembara pemastautin yang membawa keluar matawang asing dan/atau cek kembara yang melebihi jumlah bersamaan RM10,000.
  3. Pengembara bukan pemastautin yang membawa keluar matawang asing dan cek kembara melebihi daripada jumlah yang dibawa masuk, sekiranya jumlah yang dibawa keluar melebihi jumlah bersamaan USD2,500;

  4.  

Borang TDF yang dipermudahkan akan dikeluarkan kepada pengembara pemastautin yang perlu mengisytiharkan jumlah mata wang yang dibawa jika melebihi daripada jumlah had yang dibenarkan. Borang TDF yang lebih mudah untuk pengembara bukan pemastautin akan dimasukkan ke dalam Kad Pendaratan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Kegagalan mengisytiharkan jumlah yang dibawa melebihi daripada had yang dibenarkan adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Dengan demikian, Pas Perisytiharan Pengembara (TDP) untuk pemastautin dan pelajar yang bekerja dan belajar di Singapura tidak akan dikeluarkan lagi.


Bank Negara Malaysia
27 Julai 2000

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?