Perjanjian Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala dengan People's Bank of China
Embargo: Untuk siaran segera
08 Feb 2012
Siaran Akhbar
People's Bank of China and Bank Negara Malaysia hari ini memperbaharui pengaturan swap mata wang untuk tempoh tiga tahun lagi, dengan jumlahnya meningkat kepada RMB180 bilion / MYR90 bilion. Perjanjian asal telah dimeterai pada 8 Februari 2009 dengan jumlah permulaan sebanyak RMB80 bilion / MYR40 bilion. Perjanjian swap mata wang ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala.
People's Bank of China
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!