Perjanjian Peraturan Pembayaran Dua Hala antara Bank Negara Malaysia dan Bank Mandiri, Indonesia

Embargo: Untuk siaran segera
18 Jun 2004 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia telah menandatangani perjanjian Peraturan Pembayaran Dua Hala dengan Bank Mandiri, Indonesia bagi meningkatkan perdagangan dua hala dan hubungan perbankan koresponden antara Malaysia dan Indonesia. Di bawah Perjanjian ini, baki bersih dagangan antara kedua-dua negara akan dijelaskan dalam matawang yang telah dipersetujui pada akhir tempoh yang tertentu. Dengan termeterainya perjanjian Peraturan Pembayaran Dua Hala ini, adalah diharapkan bahawa kerjasama dua hala perdagangan dan perbankan antara Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkatkan lagi.


Bank Negara Malaysia
18 Jun 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?