Perjanjian Peraturan Swap Dua Hala di bawah Inisiatif Chiang Mai Ditandatangani

Embargo: Untuk siaran segera
09 Okt 2002 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia dan People's Bank of China (PBC) telah menandatangani satu perjanjian peraturan swap dua hala (Bilateral Swap Arrangement, BSA) bernilai AS$1.5 bilion di bawah Inisiatif Chiang Mai di Beijing hari ini. BSA tersebut merupakan swap satu hala di mana PBC bertindak sebagai bank pembekal swap, dan ia akan melibatkan swap dolar Amerika Syarikat bersandarkan matawang ringgit. Perjanjian ini adalah sebahagian daripada usaha kerjasama serantau ke arah mempertingkatkan lagi kestabilan kewangan di rantau ini.


Bank Negara Malaysia
09 Oktober 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?