Permulaan Operasi Pejabat-Pejabat Wilayah Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

Embargo: Untuk siaran segera
29 Sep 2006 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan membuka pejabat-pejabat wilayahnya di cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu berkuatkuasa pada 2 Oktober 2006. Pembukaan pejabat-pejabat wilayah ini menandakan usaha berterusan AKPK dalam memberi perkhidmatan yang sedia ada kepada segmen penduduk Malaysia yang lebih luas lagi.

Semua pejabat-pejabat wilayah AKPK akan menyediakan perkhidmatan nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu didalam urusan kredit, pengurusan kewangan dan pendidikan serta penstrukturan semula hutang. Perkhidmatan yang disediakan adalah secara percuma.

AKPK menyediakan bantuan kepada peminjam individu yang layak dalam penstrukturan semula hutang berkaitan dengan pinjaman perumahan, sewa beli kereta, kad kredit, kad caj dan semua pinjaman peribadi yang diperolehi daripada institusi yang dikawal selia 1 oleh Bank Negara Malaysia. AKPK tidak menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelanggan.

Individu-individu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK dan pejabat-pejabat wilayahnya boleh menghubungi atau melawat pejabat-pejabat AKPK dialamat seperti berikut:-

Pulau Pinang
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bangunan Bank Negara Malaysia
27 Corner Light/Pitt Street
10200 Pulau Pinang
Tel: 04-2612246

Johor Bahru
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 07-2210533

Kuala Terengganu
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
20990 Kuala Terengganu
Tel: 09-6312797

Kuching
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 082-414910

Kota Kinabalu
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Chong Thain Voon
88813 Kota Kinabalu
Tel: 088-538355

  1. Pejabat-pejabat AKPK :

    Ibupejabat Kuala Lumpur
    Aras 8, Maju Junction Mall
    1001, Jalan Sultan Ismail
    50250 Kuala Lumpur
    Talian Bebas: 1 800 88 2575

  2. Laman Web AKPK : www.akpk.org.my
  3. Cawangan-cawangan institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan di seluruh Negara

1 Semua bank-bank perdagangan, bank islam, syarikat insuran, pengendali takaful, institusi pembangunan kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan pengeluar kad kredit/caj yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.


Bank Negara Malaysia
29 September 2006

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?