Pernyataan Dasar Monetari
Menjelang awal tahun 2004, terdapat tanda-tanda yang lebih positif, dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih kukuh pada tahun ini. Penunjuk ekonomi dan kewangan mengesahkan jangkaan awal bahawa pemulihan ekonomi global semakin meningkat. Permintaan luar negara yang semakin kukuh menghasilkan pertumbuhan eksport Malaysia yang lebih pesat. Kepesatan perkembangan eksport, pertumbuhan perbelanjaan pengguna dan aktiviti pelaburan swasta telah meningkatkan pertumbuhan KDNK kepada 6.4% pada suku keempat, iaitu pertumbuhan suku tahunan yang tertinggi yang pernah dicapai semenjak suku keempat tahun 2000.
Prestasi ekonomi yang lebih baik ini dicapai dalam suasana inflasi yang rendah. Sektor-sektor yang mengalami pertumbuhan telah menambah kapasiti masing-masing, sementara peningkatan daya saing dalam pasaran produk dan pasaran pekerja, serta kadar inflasi luar negara yang rendah akan mengurangkan tekanan harga. Dasar monetari yang akomodatif pada masa ini akan terus menyokong pertumbuhan. Suasana kadar faedah yang rendah akan dikekalkan bagi memperkukuhkan perkembangan yang didorong oleh sektor swasta.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.