Pertukaran Mata Wang Kertas dan Duit Syiling Rosak serta Mata Wang yang Tidak Lagi Sah Diperlakukan di Institusi Kewangan
23 Dis 2020
Notis Umum
Orang ramai dinasihati supaya membuat pertukaran mata wang kertas dan duit syiling rosak serta mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan di mana-mana institusi kewangan.
Institusi kewangan akan:
- membuat pertukaran untuk orang ramai pada hari yang sama bagi kes mata wang kertas rosak yang jelas nilainya; dan
- merujuk BNM untuk membuat penilaian bagi kes mata wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya, duit syiling rosak dan mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan. BNM akan membuat pembayaran kepada orang ramai pada tarikh yang lain, selepas penilaian dibuat.
Kaunter pertukaran di Ibu Pejabat BNM dan Pejabat-Pejabat BNM ditutup kepada orang ramai, tetapi dibuka hanya kepada institusi kewangan untuk menerima perkara (ii) di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ibu Pejabat BNM Kuala Lumpur
+603-26988044 (samb. 7390, 7416 or 7414)
BNM Johor Bahru
+607-225 7888
BNM Pulau Pinang
+604-258 7588
BNM Kuala Terengganu
+609-638-2001
BNM Kuching
+6082-224-200
BNM Kota Kinabalu
+6088-522-310
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!