Piawaian Syariah bagi Mudarabah
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran Piawaian Syariah bagi Mudarabah bagi semua institusi kewangan Islam yang di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Pengeluaran Piawaian Syariah bagi Mudarabah ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Bank untuk menambah baik rangka kerja Syariah dan pengawalseliaan di Malaysia. Piawaian ini akan menjadi garis panduan bagi institusi kewangan Islam dalam membangunkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam berasaskan Mudarabah.
Piawaian Syariah bagi Mudarabah bertujuan menyediakan suatu piawaian bagi ciri-ciri kontrak Syariah yang diterima pakai dalam urus niaga kewangan Islam. Piawaian Syariah ini juga menggariskan ciri-ciri mandatori dan ciri-ciri pilihan dalam kontrak Mudarabah tersebut yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan Islam dalam membangunkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam.
Piawaian Syariah bagi Mudarabahmerupakanpiawaian kedua yang dikeluarkan dalam siri Piawaian Syariah (dahulunya dikenali sebagai Parameter Syariah).Piawaian pertama dalam siri Piawaian Syariah ialah Piawaian bagi Murabahah. Piawaian Syariah bagiMudarabahialah ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia, menurut seksyen 59 Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.