Pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Diluluskan oleh Dewan Negara
Dewan Negara meluluskan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2013 (AMLATFA) hari ini. Pindaan ini telah diluluskan sebelum ini oleh Dewan Rakyat pada 18 Jun 2014.
Pindaan pada AMLATFA bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap sistem kewangan Malaysia dan ekonomi melalui usaha menangani risiko dan ancaman aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di negara ini. Pelaksanaan AMLATFA akan menyokong rangka kerja undang-undang yang diperlukan bagi membanteras jenayah secara keseluruhan, membolehkan kerjasama diwujudkan dengan negara-negara lain pada peringkat global di samping memperkukuh keselamatan dan kemakmuran negara.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.