Program Pendidikan & Rangkuman Kewangan, 1 & 6 Mac 2012
Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank akan mengadakan program pendidikan kewangan kepada pelajar, guru-guru dan ibu bapa dengan objektif untuk mempertingkatkan rangkuman kewangan di kawasan luar bandar pada 1 Mac 2012 di Sek Keb Nami, Mukim Tekai, Padang Terap, Kedah dan pada 6 Mac 2012 di Sek Men Keb Pedu, Mukim Pedu, Padang Terap Kedah.
Program ini merangkumi taklimat mengenai Laman Informasi & Nasihat Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, taklimat jenayah kewangan dan pendidikan mata wang. Pihak BSN & Agrobank akan memberikan penerangan mengenai produk perbankan dan kewangan serta menyediakan kemudahan membuka akaun.
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada En. Zulkifli Abu Talib di talian 04-258 7504/ 012-595 5086 atau email ke [email protected].
Aturcara program:
- Sek Keb Nami, 1 Mac 2012
| Masa | Taklimat/ Aktiviti | Penyelaras |
| 12.30 - 1.00 pm | Taklimat mengenai LINK | BNM |
| 1.00 - 1.30 pm | Taklimat perbankan dan produk kewangan Agrobank | Agrobank |
| 1.30 - 2.00 pm | Taklimat perbankan dan produk kewangan BSN | BSN |
| 2.00 - 2.30 pm | Taklimat mengenai jenayah kewangan | BNM |
| 2.30 - 3.00 pm | Taklimat pendidikan mata wang | |
| 11 am - 5 pm | Kaunter perkhidmatan LINK | |
| Kaunter perkhidmatan membuka akaun BSN | BSN | |
| Kaunter perkhidmatan membuka akaun Agrobank | Agrobank | |
| *Jamuan tengah hari disediakan ketika taklimat | ||
- Sek Men Keb Pedu, 6 Mac 2012
| Masa | Taklimat/ Aktiviti | Penyelaras |
| 12.00 - 12.30 pm | Taklimat mengenai LINK & jenayah kewangan | BNM |
| 12.30 - 1.00 pm | Taklimat perbankan dan produk kewangan Agrobank | Agrobank |
| 1.00 - 1.30 pm | Taklimat perbankan dan produk kewangan BSN | BSN |
| 1.30 - 2.00 pm | Taklimat pendidikan mata wang | BNM |
| 11 am - 5 pm | Kaunter perkhidmatan LINK | |
| Kaunter perkhidmatan membuka akaun BSN | BSN | |
| Kaunter perkhidmatan membuka akaun Agrobank | Agrobank | |
| *Jamuan tengah hari disediakan ketika taklimat | ||
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.