Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pemberian kontrak untuk pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan (FSRC) yang bernilai RM320 juta. Petender yang berjaya telah dipilih melalui proses penilaian yang ketat dan terutamanya berdasarkan penentuan harga yang kompetitif. FSRC merupakan pelaburan dalam sebuah pusat pengetahuan dengan kemudahan pembelajaran dan penyelidikan bagi menyokong Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank-bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dan pusat pembelajaran dan latihan Bank Negara Malaysia, sebuah pusat pengurusan pengetahuan, sebuah Muzium Matawang dan galeri lukisan Bank Negara Malaysia. Projek ini telah diberikan kepada H & I Niaga Sdn. Bhd. dan dijangka siap pada tahun 2007.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.