Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan Bank Indonesia, Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand

11 Dis 2017 Siaran Akhbar

Jakarta, 11 Disember 2017: Bank Indonesia (BI), Bank Negara Malaysia (BNM), dan Bank of Thailand (BOT) hari ini mengumumkan pelancaran rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan antara Bank Indonesia dengan Bank Negara Malaysia; dan antara Bank Indonesia dengan Bank of Thailand. Ini adalah selaras dengan dua memorandum persefahaman dua hala mengenai rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan yang ditandatangani antara tiga bank pusat, pada 23 Disember 2016.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan secara lebih luas bagi memudahkan dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan di negara-negara ini. Penubuhan rangka kerja ini merupakan satu pencapaian penting dalam mengukuhkan kerjasama kewangan serantau antara BI, BNM dan BOT.

Bagi melaksanakan rangka kerja ini, bank pusat telah melantik bank-bank yang memenuhi syarat kelayakan utama untuk memudahkan perdagangan dua hala. Bank-bank yang dilantik antaranya ialah bank-bank yang berdaya tahan dan kukuh kedudukannya di setiap negara, mempunyai pengalaman dalam memudahkan perdagangan antara kedua-dua negara, mempunyai pengalaman dalam menjalankan perniagaan dengan bank di negara rakan niaga, dan mempunyai jumlah pelanggan yang besar serta pejabat cawangan yang luas di negara asal.

Bank Indonesia dan Bank Negara Malaysia telah melantik bank-bank berikut untuk menyokong pelaksanaan rangka kerja rupiah-ringgit:

  • Indonesia
    • Bank Rakyat Indonesia (Persero), Tbk
    • Bank Mandiri (Persero), Tbk
    • Bank Central Asia, Tbk
    • Bank Negara Indonesia (Persero), Tbk
    • Bank CIMB Niaga, Tbk
    • Bank Maybank Indonesia,Tbk
  • Malaysia
    • CIMB Bank Berhad
    • Hong Leong Bank Berhad
    • Malayan Banking Berhad
    • Public Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad

Bank Indonesia dan Bank of Thailand telah melantik bank-bank berikut untuk menyokong pelaksanaan rangka kerja rupiah-baht:

  • Indonesia
    • Bank Rakyat Indonesia (Persero), Tbk
    • Bank Mandiri (Persero), Tbk
    • Bank Central Asia, Tbk
    • Bank Negara Indonesia (Persero), Tbk
    • Bangkok Bank PCL
  • Thailand
    • Bangkok Bank PCL
    • Bank of Ayudhya PCL
    • Kasikornbank PCL
    • Krung Thai Bank PCL 
    • Siam Commercial Bank PCL

Di samping pelancaran rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan antara BI, BOT dan BNM, rangka kerja penyelesaian baht-ringgit antara BNM dengan BOT juga diperluas untuk merangkumi pelaburan langsung bagi mempertingkatkan transaksi perdagangan yang sedia ada. Rangka kerja itu mula-mula dilancarkan pada 14 Mac 2016.

Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand telah melantik bank berikut untuk menyokong rangka kerja ringgit-baht.

  • Malaysia
    • CIMB Bank Berhad
    • Malayan Banking Berhad
    • Public Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad
    • Bangkok Bank Berhad
    • Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Malaysia Berhad
    • United Overseas Bank Berhad
  • Thailand
    • Bangkok Bank PCL
    • Bank of Ayudhya PCL
    • CIMB Thai PCL
    • Kasikornbank PCL
    • Krung Thai Bank PCL
    • Siam Commercial Bank PCL
    • United Overseas Bank (Thai) PCL

Ketiga-tiga rangka kerja tersebut, iaitu rangka kerja rupiah-ringgit; rangka-kerja rupiah-baht; dan rangka kerja baht-ringgit akan berkuat kuasa mulai 2 Januari 2018.

Bank Indonesia
Bank Negara Malaysia
Bank of Thailand

11 Disember 2017

 

Lihat juga: Soalan lazim (seperti dilampirkan)

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

 

Bank Negara Malaysia Bank of Thailand
Jabatan Komunikasi Strategik Jabatan Antarabangsa
Tel: (603) 2692 8592 Tel: (66) 2283 5190
Faks: (603) 2693 6919 Faks: (66) 2283 5116

Bank Indonesia
Hubungi Pusat BICARA
Tel: (62 21) 131
e-mel: [email protected]


Bank Negara Malaysia
11 Disember 2017

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?