Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua) Kini Diterbitkan Dalam Bahasa Inggeris
30 Sep 2011
Notis Umum
Buku Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua) kini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. Buku ini, yang pada awalnya hanya boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu, telah dilancarkan pada Oktober 2010 (Sila rujuk Kenyataan Akhbar).
Buku ini merupakan kompilasi semua keputusan Syariah yang dibuat antara tahun 1997 hingga 2009. Ianya merupakan kesinambungan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini bagi memperdalam pemahaman berhubung dengan tafsiran Syariah dan pertimbangan perundangan fiqah bagi keputusan-keputusan tersebut.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!