Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 13 Februari 2026

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Selasa, 24 Februari 2026
24 Feb 2026 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD127.9 bilion pada 13 Februari 2026. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan,[1] dan 0.9 kali[2] jumlah hutang luar negeri jangka pendek.


[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM – Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/-/buletin-suku-tahunan-suku-keempat-2021.

[2] Nisbah ini merangkumi data terkini yang tersedia tentang rizab (setakat 13 Februari 2026) dan hutang luar negeri jangka pendek (tersedia setakat S4 2025). Mengikut amalan lazim, hutang luar negeri jangka pendek dinilai menggunakan kadar pertukaran setakat S4 2025.


Bank Negara Malaysia
24 Februari 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?