Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Disember 2025
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD124.3 bilion pada 15 Disember 2025. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan,[1] dan 0.9 kali[2] jumlah hutang luar negeri jangka pendek.[3]
[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut menacgenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM – Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/-/buletin-suku-tahunan-suku-keempat-2021.
[2] Nisbah ini merangkumi data terkini yang tersedia tentang rizab (setakat 15 Disember 2025) dan hutang luar negeri jangka pendek (tersedia setakat S3 2025). Mengikut amalan lazim, hutang luar negeri jangka pendek dinilai menggunakan kadar pertukaran setakat S3 2025.
[3] Hutang luar negeri jangka pendek terdiri daripada peminjaman daripada bukan pemastautin dengan kematangan satu tahun atau kurang. Jumlah ini kebanyakannya disumbangkan oleh bank-bank tempatan berhubung dengan operasi mudah tunai mata wang asing mereka dan syarikat multinasional (multinational companies, MNC) (termasuk bank-bank asing) yang membuat pinjaman daripada bank induk/ibu pejabat mereka di luar negeri. Kesemua obligasi ini boleh dipenuhi oleh operasi biasa menerusi pemegangan aset luaran mereka dan tidak melibatkan penggunaan rizab antarabangsa BNM.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.