Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Februari 2022

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Selasa, 22 Februari 2022
22 Feb 2022 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD115.8 bilion pada 15 Februari 2022. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.1 bulan import barangan dan perkhidmatan[1], dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 


[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 7.3 bulan import barangan tertangguh (31 Januari 2022: 7.5 bulan). Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM - Suku Keempat 2021, halaman 27, yang boleh diakses melalui pautan /documents/20124/6118085/qb2021q4_bm_box_imports.pdf


Bank Negara Malaysia
22 Februari 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?