Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Ogos 2018

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Selasa, 21 Ogos 2018
21 Ogo 2018 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD104.2 bilion pada 15 Ogos 2018. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
 
Hutang luar negeri jangka pendek kebanyakannya disumbang oleh institusi perbankan, yang mencerminkan pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan operasi bank asing di Malaysia. Institusi ini memegang aset luaran yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi hutang mereka, tanpa memerlukan tuntutan ke atas rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia.


Bank Negara Malaysia
21 Ogos 2018

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?