Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia Pada 29 April 2016

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Jumaat, 6 Mei 2016
06 Mei 2016 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM381.4 bilion (bersamaan dengan USD97.0 bilion) pada 29 April 2016.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].

 

[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.


Bank Negara Malaysia
06 Mei 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?