Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia Pada 29 Februari 2016
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Isnin, 7 Mac 2016
07 Mac 2016
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM410.5 bilion (bersamaan dengan USD95.6 bilion) pada 29 Februari 2016.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].
[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!