Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 29 Februari 2024

07 Mac 2024 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD114.3 bilion pada 29 Februari 2024. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan[1] dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.


[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 6.8 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM – Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/-/buletin-suku-tahunan-suku-keempat-2021.


Bank Negara Malaysia
07 Mac 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?