Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 29 Jun 2018
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Jumaat, 6 Julai 2018
06 Jul 2018
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD104.7 bilion pada 29 Jun 2018. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai US dolar berbanding pelbagai aset rizab mata wang asing yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!