Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Disember 2022

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Isnin, 9 Januari 2023
09 Jan 2023 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD114.6 bilion pada 30 Disember 2022. Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan[1], dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 


[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 6.2 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM - Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan Buletin Suku Tahunan S4 2021.

 


Bank Negara Malaysia
09 Januari 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?