Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2021
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Rabu, 7 Julai 2021
07 Jul 2021
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD111.1 bilion pada 30 Jun 2021. Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!