Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 November 2016
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM399.6 bilion (bersamaan dengan USD96.4 bilion) pada 30 November 2016. Penurunan paras rizab mencerminkan penyaluran mudah tunai sokongan ke dalam pasaran pertukaran asing. Paras rizab pada 30 November 2016 adalah memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].
[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.