Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 2021

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Selasa, 7 September 2021
07 Sep 2021 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD116.3 bilion pada 30 Ogos 2021. Paras rizab yang lebih tinggi ini mencerminkan terutamanya peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas (Special Drawing Rights, SDR) kepada Malaysia berjumlah SDR3.5 bilion, bersamaan dengan USD5.0 bilion, oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF). Peruntukan SDR ini akan menyediakan mudah tunai tambahan kepada sistem kewangan global, memperkukuh rizab, meningkatkan keyakinan, serta memperkuat daya tahan ekonomi dunia[1].  Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

 


[1] Keseluruhan peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas IMF berjumlah SDR456 bilion (bersamaan dengan USD650 bilion) dan telah berkuatkuasa pada 23 Ogos 2021. Peruntukan ini diagihkan kepada negara-negara anggota berdasarkan bahagian kuota masing-masing di IMF. Siaran akhbar IMF boleh dirujuk di sini.

 

 


Bank Negara Malaysia
07 September 2021

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?