Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 September 2014

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 8 Oktober 2014
08 Okt 2014 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM416.9 bilion (bersamaan denganUSD127.3 bilion) pada          30 September 2014.Paras rizab pada 30 September 2014 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan nilai rizab bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].

 
[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang diberikan definisi semula, termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dalam sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan berkenaan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.

Bank Negara Malaysia
08 Oktober 2014

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?