Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 31 Disember 2025

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Khamis, 8 Januari 2026
08 Jan 2026 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD125.5 bilion pada 31 Disember 2025. Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan,[1] dan 0.9 kali[2] jumlah hutang luar negeri jangka pendek.[3]

 


[1]  Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM – Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/-/buletin-suku-tahunan-suku-keempat-2021.

[2] Nisbah ini merangkumi data terkini yang tersedia tentang rizab (setakat 31 Disember 2025) dan hutang luar negeri jangka pendek (tersedia setakat S3 2025). Mengikut amalan lazim, hutang luar negeri jangka pendek dinilai menggunakan kadar pertukaran setakat S3 2025.

[3] Hutang luar negeri jangka pendek terdiri daripada peminjaman daripada bukan pemastautin dengan kematangan satu tahun atau kurang. Jumlah ini kebanyakannya disumbangkan oleh bank-bank tempatan berhubung dengan operasi mudah tunai mata wang asing mereka dan syarikat multinasional (multinational companies, MNC) (termasuk bank-bank asing) yang membuat pinjaman daripada bank induk/ibu pejabat mereka di luar negeri. Kesemua obligasi ini boleh dipenuhi oleh operasi biasa menerusi pemegangan aset luaran mereka dan tidak melibatkan penggunaan rizab antarabangsa BNM.


Bank Negara Malaysia
08 Januari 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?